Fadhilah Malam- malam Taraweh :
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 1 : Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 2 : Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapaknya, jika keduanya itu Muslim.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 3 : Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan “Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu.”
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 4 : Diberi pahala yang sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 5 : Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 6 : Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 7 : Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 8 : Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 9 : Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 10 : Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 11 : Keluar dari dunia seperti mana dia dilahirkan bersih dari segala dosa.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 12 : Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 13 : Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 14 : Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 15 : Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 16 : Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 17 : Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 18 : Malaikat berseru: “Wahai hamba Allah! Bahwasanya telah ridha Allah kepadamu dan kedua ibu bapakmu.”
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 19 : Diangkat derajatnya ke dalam Syurga Firdaus.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 20 : Diberikan pahala para syuhada dan solehin.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 21 : Dibuatkan untuknya istana dari nur di dalam Syurga.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 22 : Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 23 : Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 24 : Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 25 : Diselamatkan dari siksa kubur.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 26 : Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 27 : Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 28 : Dianugerahkan baginya 1,000 derajat di Akhirat.
Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 29 : Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.